Dah lama aku tak tengok dan upgrade blog aku, bukan pasal apa...... buat akhir-akhir ini aku bz sikit, maklum jer la !!!!! dah tak beberapa lama lagi aku akan menamatkan perkhidmatan aku, ha ha ha dah pencen kedua kali, aku bersyukur kehadrat Mu Ya Allah kerana telah melanjutkan usia aku sahingga sekarang.... dah hampir 56 Tahun tak beberapa hari lagi tanggal 19 Mei.
Dalam masa aku sibuk-sibuk ni, ada juga kawan-kawan yang nak belanja makan kat luar, bagi meraikan aku yang akan bersara, aku mengucapkan terima kaseh diatas ingatan kawan-kawan tu. Tetapi dalam pada itu ada juga kawan yang minta aku belanja mereka makan, kononnya untuk aku tinggalkan kenangan berbelanja untuk kawan-kawan makan, aku hanya mendiamkan diri ajer..... mereka sepatutnya harus faham bila aku bersara nanti aku tidak ada pendapatan tetap (tak macam mereka maseh ada pendapatan tetap setiap bulan). Aduhai....... kawan-kawan !!!!!!, dalam dunia yang fana ini terlalu ramai yang berkawan semasa ada duit atau bersuka ajer, tetapi kalau masa bersedih boleh d'kira dengan jari ajer, macam itu lah adat manusia...... Hem !!!! kalau aku nak cita macam-macam pasal kerenah kawan-kawan ini 1001 malam tak habis........ Cukup dulu buat kali ini, aku bukan nyer apa...... ini adalah untuk ingat-mengigati diantara satu sama lain...... kalau berkawan tu jangan d'masa suka ajer..... kalau d'mas kawan tu dalam keadaan bersusah ker, sakit ker..... syer la bersama, sekurang-kurang ziarahlah mereka kalau ianya dalam kesakitan, munkin dengan ziarah ini akan menguatkan semangat si pesakit (kawan tu).... Wassalam................... jumpa lagi Isyaallah!!!!

No comments:
Post a Comment